Senin, 17 Maret 2014
Prestasi kewangan Johor merosot ketara – Audit
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 18 Oktober: Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menurun kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada tahun 2010, mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
LKAN mendapati, kerajaan negeri mencatatkan lebihan tinjauan berjumlah RM6.40 juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011 berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah RM325.69 juta pada 2010.
Tulis LKAN, tinjauan kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
“Tindakan mengutip tunggakan tinjauan perlu diteruskan kerana jumlah tunggakantinjauan pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09 juta atau 8.6% berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.
“Tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Johor berjumlah RM75.14 juta,” kata LKAN.
LKAN juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung tanggungan semasa.
“Penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar