Social Icons

Pages

Senin, 17 Maret 2014

Prestasi kewangan Johor merosot ketara – Audit

(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 18 Oktober: Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menurun kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada tahun 2010, mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
LKAN mendapati, kerajaan negeri mencatatkan lebihan tinjauan berjumlah RM6.40 juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011 berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah RM325.69 juta pada 2010.

Tulis LKAN, tinjauan kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Ekoran itu, LKAN menegur kerajaan negeri supaya mengekalkan perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri serta berusaha menambah sumber pendapatan.
“Tindakan mengutip tunggakan tinjauan perlu diteruskan kerana jumlah tunggakantinjauan pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09 juta atau 8.6% berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.

“Tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Johor berjumlah RM75.14 juta,” kata LKAN.
LKAN juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung tanggungan semasa.

“Penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
selengkapnya

Minggu, 16 Maret 2014

Video Lagu Tahun Baru Cina 2012 Namewee Hina Polis Malaysia

Salam semua,

Video youtube lagu tahun baru Cina 2012 Namewee dikatakan menghina polis negara Malaysia. Video klip terbarunya yang diupload ke Youtube bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina ternyata agak melampau terutama kepada pihak polis.


Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung. Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing. Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.

sumber : Melvister





selengkapnya

Sabtu, 15 Maret 2014

Nur Misuari Hadapi Dua Tuduhan


Manila – Polis Filipina semalam memfail-kan aduan pemberontakan dan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa ke atas Nur Misuari (gambar), berikutan pertempuran tiga minggu antara tentera kerajaan dan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Lebih 200 terbunuh dan hampir 10,000 rumah dibakar dalam pertem-puran menyusul cubaan pemisah menyerang Zamboanga 9 September lalu.

Pendakwa Peter Medalle berkata, beliau memfailkan aduan ke atas Misuari dan 80 pengikutnya. Setakat ini lebih 200 pemberontak sudah didakwa. – AP
selengkapnya

Jumat, 14 Maret 2014

Hobinya Minum Darah Sejak Remaja

  16 Mac 2013



Sumber
selengkapnya

Kamis, 13 Maret 2014

Ilmuwan Rancang Gigi Pintar Memonitor Pola Makan dan Minum Pasien

gigi pintar
Gigi Pintar I foto  Discovery.com
Peneliti di Universitas Nasional Taiwan di Taipei telah menguji perangkat elektronik kecil “Gigi Pintar” untuk merekam aktivitas gaya hidup pasien, seperti kebiasaan makan, minum, merokok dan batuk. 

Ilmuwan mengatakan bahwa mulut manusia merupakan salah satu bagian dari tubuh manusia yang selalu digunakan secara konstan dengan perangkat gigi pintar ini ilmuwan dapat mendeteksi pola gaya hidup sehat dan buruk dari pasien. Sehingga pasien tidak dapat menipu dokter. 

Perangkat baru ini menurut jenis dan ukuran seperti gigi yang nyata, tetapi ada sensor yang tujuannya adalah untuk menyampaikan informasi tersebut kepada dokter. Sebuah program komputer memproses semua data untuk mendeteksi kebiasaan pasien yang berhubungan makanan dan minuman.

Selama tes alat ini dapat mengirimkan informasi mengenai kebiasaan pasien seperti minum segelas air, mengunyah permen karet, batuk dan lain-lain. Gigi pintar secara akurat dapat mendeteksi kebiasaan pasien berkaitan dengan mulut dan bernapas sebanyak 94%. 

Perangkat dengan presisi dapat menentukan bahwa seseorang mengunyah makanan spesifik, yaitu, burger tinggi kalori atau permen karet bebas gula, serta membantu untuk membuat diet untuk setiap individu. Saat ini, teknologi inovatif ini masih dalam tahap pengembangan, tapi para ilmuwan Taiwan mengatakan bahwa mereka dapat menerapkannya sebelum akhir tahun.

Pada malam hari gigi pintar dapat dilepas dari mulut, dicuci dan mengisi baterai. Jika tanpa sengaja tertelan oleh pasien, maka akan keluar dari tubuh tanpa menyebabkan kerusakan. 

Sekarang para ilmuwan berusaha mendesain alat ini sekuran kuku pada jari kelingking, sehingga dapat melekat atau dimasukan kedalam gigi berlubang. 

Selain itu juga para ilmuwan berencana menambahkan perangkat bluetooth agar memudahkan mengunduh data dari gigi pintar pasien. 

selengkapnya

Rabu, 12 Maret 2014

Yeos lancar isian sejuk aseptik

Yeos

PENERAJU industri makanan dan minuman, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s), melancarkan pengeluaran minuman PET Isian Sejuk Aseptik dengan hasrat menawarkan masyarakat Malaysia minuman Asia yang lebih asli dan menyegarkan.

Teknologi PET Isian Sejuk Aseptik tersenarai sebagai paling canggih dalam industri proses pembuatan minuman dan direka khas dengan matlamat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang semakin peka terhadap kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Ketua Pegawai Operasi Yeo’s Ong Chay Seng, berkata teknologi itu boleh menjamin mutu minuman dengan mengekalkan khasiat lebih tinggi. supaya rasa minuman lebih segar dan asli.

“Rentak gaya hidup masyarakat hari ini cukup pantas dan permintaan terhadap produk nutrisi sedia guna menjadi semakin penting untuk semua orang.

"Cabaran pengilang pula adalah membekalkan produk sedia hidang yang mengekalkan nilai nutrisi tinggi," katanya.
selengkapnya

Selasa, 11 Maret 2014

WANITA KALAULAH SUAMI ANDA MACAM INI


Kenal lelaki ini? Dia ialah Nikolay Valuev,seorang peninju yang merupakan antara yang digeruni pihak lawan.
Nak tahu kenapa tajuk entri Bro macam ini?
Sebelum tu Bro nak tanya,sudi tak korang bersuamikan lelaki "hebat" macam Nikolay ni? haha..
Tanpa membuang masa,jom kita lihat gambar Nikolay Valuev bersama isteri dan anaknya.JOM.










selengkapnya

Senin, 10 Maret 2014

Panas!! Anwar Ibrahim telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri

       Kerjasama politik PR-BN mustahil, kata Anwar

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan hak yang dirampas, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.

Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.

Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, "saya perlu menghormati semangat kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam tadi.

Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.

Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun menyifatkannya  sebagai "khabar angin" dan tidak dikemukakan secara rasmi.

Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius.

SinarHarian 29 Julai 2013
selengkapnya

Minggu, 09 Maret 2014

Belum ada bukti kehidupan di Marikh


ILUSTRASI pelukis mengenai operasi Curiosity di permukaan planet Marikh pada 5 Ogos lalu.
PASADENA, California – Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini.
Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity.
Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan mudah.
Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan Marikh.
“Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet Marikh,” katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi California yang berkhidmat untuk misi NASA itu.
Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
GAMBAR pemandangan tandus berlatarbelakangkan banjaran gunung di planet Marikh yang diedarkan oleh NASA pada 9 Ogos lalu.
Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.
Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).
Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity.

Sumber - Informasi
selengkapnya

Sabtu, 08 Maret 2014

Jabatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan


JUMAAT, 30 MAC 2012



SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.
selengkapnya

Jumat, 07 Maret 2014

Inilah 10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah



Inilah 10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah | SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah Ente di dunia seolah-olah Ente akan hidup seribu tahun, dan beramallah Ente untuk akhirat seolah-olah Ente akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar. SUMBER

selengkapnya

Kamis, 06 Maret 2014

Sharnaaz Hantar Rombongan Merisik


Sharnaaz Hantar Rombonga n Merisi k
Sharnaaz Hantar Rombonga n Merisi k - BIARPUN 2012 telah berlalu dan 2013 memulakan lembarannya, namun nama Sharnaaz Ahmad tidak hilang mengikut tahun yang berlalu.
Tidak sekadar berkaitan karier seni, setelah mengakui perihal cintanya dengan penyanyi, Shila Amzah langkah mereka sering menjadi perhatian.
Malah, apa jua yang berlaku di antara mereka sering menjadi bahan berita.
Menganggap perkara itu sebagai lumrah dan dugaan dalam bercinta, pelakon drama Bukan Bidadari, ini juga turut mengakui dia sememangnya mengongkong langkah Shila.
“Saya perlu tanya dan melarang apa jua perkara tidak perlu dia lakukan.
“Namun, saya menolak dakwaan sekiranya saya dilabel sebagai pemusnah masa depan Shila. Saya berbuat demikian kerana saya sayang dia dan tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya.
Bertanya mengenai ketiadaannya ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini, Sharnaaz menepis dakwaan dia dan Shila berselisih faham ketika itu.
“Saya memang nak pergi dan bagi sokongan pada Shila ketika itu. Namun, saya terikat dengan jadual penggambaran.
“Jadi, saya tidak dapat ikut sama. Namun, saya tidak berjanji dengan Shila untuk turut serta. Dia pun faham mengenai kerja saya yang perlu disiapkan.
“Tidak perlu timbul isu ini kerana tiada apa yang berlaku di antara kami. Kami masih lagi pasangan kekasih dan berusaha ke arah seterusnya,” katanya.
Serius dalam hubungan, Sharnaaz mengakui kesibukan menyebabkan dia tiada kelapangan berjumpa keluarga.
Berhasrat untuk berbincang mengenai peringkat hubungan seterusnya, Sharnaaz mengakui akan hantar rombongan merisik tidak lama lagi.
“Insya-ALLAH, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.
“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.
“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,” katanya.
Ingin kurangkan kontroversi
Sempena kehadiran tahun baru, Sharnaaz berkata, dia berharap tiada lagi cerita negatif berkaitan dirinya dan segala cerita kontroversi dapat dikurangkan.
“Ya, 2012 memang ‘panas’. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 tu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi nak buat macam mana, kita tak rancang pun semua (kontroversi) itu boleh berlaku.
“Tahun ni saya ‘comeback’ untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Tak nak buat hal lagi,” katanya.
Sementara itu, mengulas perkembangan kes dia disaman penerbit filem Darah Panas, S Baldiev, Sharnaaz berkata, dia harap perkara itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Setakat ini apa yang boleh saya katakan, saya akan berjumpa dengan Baldiev dalam masa terdekat ini. Pihak Seniman sedia membantu kami menyelesaikan hal ni.
“Saya harap pertemuan ini ke arah kebaikan. Kalau pihak beliau (Baldev) mahu selesai di luar mahkamah, saya juga harap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah,” katanya.
‘Benjami n’ beri kelainan
Sementara itu, bercerita mengenai drama lakonan terbarunya, Ruby, Sharnaaz berkata, watak Benjamin beri kelainan berbanding lakonannya sebelum ini.
Walaupun kelihatan lebih ringan, Sharnaaz menganggap watak itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas.
“Watak Benjamin lebih kepada komedi dan ‘gila-gila’, namun sebenarnya itulah yang susah untuk dilakukan.
“Saya memang lebih suka watak berat, namun tidak bermakna watak sebegini hanya ‘makanan’. Saya perlu membawa jiwa saya ke set. Jika berdepan masalah keluarga, peribadi dan cinta, ia turut merosakkan ‘mood’.
“Namun, saya seronok bekerjasama dengan Siti Saleha dan dia juga membantu saya mengenali siapa Benjamin,” katanya. – Sinar Harian
Anda mungkin juga meminati:
selengkapnya

Selasa, 04 Maret 2014

Ajaib! Bayi Lahir Bersama Al Quran Kecil Di Tangannya




ULAMA terkenal dari Nigeria pada Isnin (14/5) bergumul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi.

Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk pemberitaan di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut terlahir dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya.
Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustadz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Dalam pemberian nama tersebut, Ustadz Abdul Rahman juga menasihati sang ibu dari jabang bayi tersebut bahwa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia terlahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambahkan bahwa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.
Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari sang jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Kini, sang ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sherifat.

Hal serupa juga dilakukan oleh nenek sang jabang bayi yang dulu memeluk agama Kristen sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.

Di luar rumah sang jabang bayi, bejibun pedangang tumpah ruah menjual berbagai suvenir tentang bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan foto-foto sang jabang bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.

Kelahiran sang jabang bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu.

Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahwa apa pun bisa terjadi jika Allah berkehendak.
Wallahu’alam. - KakiBising
selengkapnya

Senin, 03 Maret 2014

Takkan Bertemu Sehingga Diijabkabulkan


Rozita Che Wan atau Che Ta, 40, mendedahkan dia tidak akan bertemu dengan bakal suaminya, Zain Saidin sehingga tiba hari mereka diijabkabulkan pada 11 Disember depan.

Mengambil kira pantang larang orang tua dulu kala, Che Ta nekad mengambil pendekatan tersebut kerana dirasakan tidak manis untuknya jika selalu bertemu Zain, 29, lebih-lebih lagi menjelang hari pernikahan mereka.

“Kalau ikutkan Zain, dia nak jumpa tiap-tiap hari. Namun, pada saya rasanya ia tidaklah manis dan lebih baik kami bersabar dulu sehingga segala urusan majlis terutamanya upacara akad nikah selesai,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Majlis perkahwinan pasangan pelakon popular ini mendapat jolokan ‘Wedding of the Year’ apabila mendapat tajaan daripada 28 pihak penaja yang mencecah kos sebanyak RM13 juta.

Bercakap mengenai penerimaan kedua anaknya dengan perkahwinan itu, Che Ta mengatakan dia sudah berbincang dan memberikan penjelasan sebenar kepada mereka.

“Kasih sayang saya sebagai ibu kepada dua orang anak saya takkan sedikit pun berubah. Saya akan tetap menyayangi mereka selaku darah daging saya manakala, sayang pada Zain pula kerana dia suami saya,” katanya yang akan memastikan melapangkan diri untuk memasak pada setiap hujung minggu untuk keluarganya kelak.

Oleh: AUDREY LEE
selengkapnya

Minggu, 02 Maret 2014

10 Keunikan Manusia Dibanding Spesies Lain

img

Tidak ada satupun manusia yang mau disamakan dengan binatang, baik kera maupun spesies yang lain. Di antara semua makhluk hidup, manusia mempunyai keunikan-keunikan yang membuatnya sangat istimewa.

Berikut ini adalah 10 di antara banyak keistimewaan yang dimiliki oleh manusia

1. Punya masa menopause
Berbeda dengan sebagian besar binatang yang akan terus bereproduksi hingga akhir hayatnya, manusia khususnya wanita hanya akan bereproduksi sampai tiba pada suatu masa yang disebut menopause.

Begitu memasuki masa menopause, wanita akan berhenti dari kodratnya untuk bereproduksi dan menjalankan fungsi baru sebagai nenek yang akan mengasuh cucunya. Selain manusia, hanya beberapa spesies ikan paus saja yang mengenal menopause.

2. Melewati masa kecil lebih lama
Dibandingkan primata maupun binatang yang lain, manusia menghabiskan waktu yang lebih lama untuk tinggal bersama dan mengasuh keturunannnya. Beberapa ahli menduga hal ini dipicu oleh ukuran otak manusia yang lebih besar, sehingga butuh waktu lebih lama untuk berkembang dengan sempurna.

3. Wajah memerah saat tersipu
Dari semua bentuk ekspresi, wajah yang memerah saat tersipu malu adalah yang paling unik dan hanya terjadi pada manusia. Tidak diketahui pasti bagaimana hal ini terjadi, namun hal ini dinilai telah banyak membantu manusia untuk bersikap jujur.

4. Bisa menciptakan api
Kemampuan manusia untuk membuat api adalah bekal penting dalam memenangkan seleksi alam. Ancaman predator nokturnal yang mengintai ketika hari mulai gelap menjadi mudah bagi manusia untuk ditanggulangi.

Bukan itu saja, kemampuan membuat api juga mengubah diet manusia purba dari kulit kayu yang keras menjadi makanan olahan yang lebih mudah dicerna. Diduga hal inilah yang membuat ukuran gigi dan organ-organ pencernaan lain pada manusia modern makin mengecil.

5. Mengenal pakaian
Tidak seperti kera yang tubuhnya tertutup bulu (rambut), secara alami manusia tidak punya pelindung terhadap perubahan suhu di permukaan kulitnya. Namun dengan kecerdasan yang dimiliki, manusia bisa membuat pakaian yang menggantikan fungsi bulu pada beberapa jenis binatang.

Kemampuan manusia untuk membuat pakaian bahkan telah memicu terjadinya evolusi pada spesies lain, salah satunya kutu. Jika sebelumnya kutu hidup menempel pada bulu, kini sebagian di antaranya lebih memilih hidup menempel di baju.

6. Berbicara
Sejak kurang lebih 35.000 tahun yang lalu, manusia memiliki tenggorokan yang posisinya lebih rendah dibandingkan pada simpanse. Ditunjang dengan tulang hyoid berbentuk tapal kuda yang terletak di bawah lidah, manusia mampu mengontrol suara yang ditinjauankan sehingga bisa berbicara.

7. Jemari tangan yang fleksibel
Manusia adalah satu-satunya spesies yang bisa memutar jempol tangannya ke berbagai arah hinggga 360 derajat. Jari-jari yang lain juga lebih fleksibel dibandingkan primata, sehingga manusia menjadi spesies paling terampil dalam memanfaatkan peralatan.

8. Jumlah folikel rambut sama dengan primata berbulu
Meski sekilas tampak tidak banyak memiliki bulu (rambut) di permukaan kulitnya, manusia memiliki jumlah folikel atau kelenjar rambut yang sama seperti primata lain yang badannya berbulu. Hanya saja rambut yang ditinjauankan lebih tipis dan pendek sehingga tidak terlalu kelihatan.

9. Mampu berjalan dengan tegak
Manusia adalah satu-satunya spesies yang mampu berjalan dengan tegak di atas kedua kaki. Namun demikian, postur yang konon merupakan bentukan dari proses evolusi ini menghadirkan kelebihan dan kekurangan sekaligus.

Di satu sisi postur yang tegak banyak memudahkan berbagai aktivitas manusia. Namun perubahan cara berjalan membuat tulang panggul makin menyempit, sehingga sering menjadi masalah saat melahirkan karena di sisi lain otak manusia terus membesar dan kadang terlalu besar untuk bisa melalui panggul dengan mudah.

10. Otak paling sempurna
Otak manusia bukan yang paling besar karena masih jauh lebih kecil dibandingkan otak paus-sperma. Bukan pula yang paling besar proporsinya karena hanya 2,5 persen dari massa tubuh, kalah besar dari burung yang memiliki otak 8 persen dari massa tubuhnya.

Kelebihan otak manusia memang bukan terletak pada ukurannya yang tak lebih dari 1,3 kg, melainkan pada perkembangannya yang sangat sempurna. Oleh karena itu manusia bisa berpikir dan membangun peradaban yang tidak dimiliki oleh binatang.

sumber
selengkapnya

Sabtu, 01 Maret 2014

Empat Polis Pengiring Disiasat


Empat Polis Pengiring Disiasat
Empat Polis Pengiring Disiasat - BUTTERWORTH : Empat anggota polis pengiring yang membawa sembilan orang kena tahan (OKT) termasuk tujuh daripadanya berjaya meloloskan diri di Butterworth kelmarin sedang disiasat berhubung kejadian itu.
Keempat-empat anggota polis Unit Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara itu diperlukan untuk membantu siasatan termasuk jika berlaku eleman kecuaian sehingga menyebabkan tujuh daripada sembilan penjenayah yang diklasifikasi sebagai berbahaya itu lari.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan ke atas keempat-empat anggota polis yang berpangkat Koperal dan Konstabel itu.
“Buat masa ini anggota polis terbabit belum ditahan kerja tetapi jika sah ada elemen mereka cuai mereka akan ditahan kerja,” kata beliau.
Difahamkan semasa kejadian empat anggota polis terbabit tidak membawa pistol.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi kelmarin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth menaiki sebuah van untuk dituduh dan direman melarikan diri selepas membelasah empat anggota polis yang mengiringi mereka.
Kejadian itu berlaku dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth.
Setakat semalam, belum ada OKT yang melarikan diri berjaya ditahan. Tujuh OKT yang ditahan itu ada antara mereka membabitkan kes bunuh, rompakan berkumpulan dan mendatangkan cedera.
Terdahulu, Abdul Rahim berkata, gerakan memburu penjenayah itu membabitkan 220 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia.
Operasi memburu penjenayah itu meliputi kawasan seluas kira-kira 30 kilometer persegi dari lokasi kejadian dengan melibatkan kawasan sekitar Sungai Dua, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Lunas.
Kata beliau, tumpuan kawasan pemburuan meliputi kawasan ladang-ladang kelapa sawit serta kampung-kampung.
“Polis yakin OKT yang lari itu masih berada di sekitar Tasek Gelugor dan kita membuat sekatan jalan di seluruh kawasan itu sejak semalam (kelmarin) bagi memeriksa setiap kenderaan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Tek A di sini.
Abdul Rahim berkata, polis juga masih menyiasat bagaimana OKT terbabit mendapat serbuk kari yang dilemparkan ke muka anggota polis pengiring.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan perumahan tidak jauh dari lokasi penjenayah melarikan diri rata-rata menyuarakan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.
Seorang penduduk, Mohd. Hamid Idris, 45, dari Padang Menora di sini berkata, sejak kejadian itu, dia tidak berani keluar jauh dari rumahnya kerana bimbang terserempak dengan penjenayah yang melarikan diri itu.
“Saya juga takut jika penjenayah itu memecah masuk rumah saya untuk mencari perlindungan,” kata Hamid.
Pekerja ladang, M. Mohan pula berkata, sejak kejadian itu dia dan keluarganya lebih berhati-hati dan berharap polis segera dapat memberkas penjenayah itu. – Kosmo
selengkapnya