Social Icons

Pages

Sabtu, 15 Februari 2014

Hakim kes Kugan bersara pagi ini

June 28, 2013
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham (gambar) yang berumur 65 tahun hari ini bersara pagi ini.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.
Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Singham yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas telah dihalang untuk menaikkan pangkat beberapa kali.

Ramai dari rakan-rakan seangkatannya telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman lebih 10 tahun lalu, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insider difahamkan beliau telah menghantar surat untuk bersara tidak lama dahulu.

Singham sendiri mendiamkan diri mengenai persaraannya pagi ini dan berurusan seperti biasa dan melayan pemberita yang mahukan penghakiman bertulisnya dalam kes Kugan dimana beliau menganugerahkan ibu kepada mengsa lebih RM800,000.
Singham dianggap sebagai “orang yang baik untuk dijadikan rujukan.”

Beliau merupakan seorang peguam sebelum beliau menjadi pesuruhjaya kehakiman. Beliau juga pernah berkhidmat sebentar sebagai seorang wartawan. - 28 Jun, 2013.The Malaysian Insider
selengkapnya

Jumat, 14 Februari 2014

Suhakam mahu jadi pemerhati bebas PRU

sinarharian
30 Januari 2013
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjadi pemerhati bebas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bukan sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  
Naib Presiden Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata demikian ketika ditanya media sama ada Suhakam akan bekerjasama dengan SPR bagi memastikan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil dengan mengambil peranan sebagai pemerhati rasmi.
  
Setakat ini SPR tidak membuat sebarang pelawaan kepada Suhakam ataupun Suhakam menyatakan minat untuk berbuat demikian.
 
"Mereka mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempelawa kami," kata Khaw kepada media semasa Perundingan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Kedua mengenai Hak Asasi Manusia Malaysia di sini hari ini.
  
Khaw menarik perhatian adalah penting untuk Suhakam memantau sendiri proses pilihan raya, terutamanya dalam isu berkaitan hak asasi manusia.
  
Suhakam harus mengekalkan sikap tidak berat sebelah memandangkan pihak yang terkilan boleh merujuk isu berkaitan hak asasi manusia kepada suruhanjaya itu, terutamanya semasa pilihan raya, katanya.  -
Bernama
selengkapnya

Kamis, 13 Februari 2014

Kesian! Kepala Budak Ini Membesar Dengan Luar Biasa Sekali



Kesian! Kepala Budak Ini Membesar Dengan Luar Biasa Sekali | Seorang budak perempuan berusia 16 bulan, Runa Begum menghidap penyakit kepala membesar sehingga kepada saiz yang tidak normal di Kampung Jirania Khola di negeri Tripura, India semalam.

Menurut ibunya, Fatima, otak Begum mengandungi banyak cecair sehingga mengakibatkan kepalanya membesar sejak dilahirkan.

Beliau berkata, doktor-doktor di kampungnya gagal untuk menyembuhkan anaknya itu.

Bapa Begum, Abdul Rehman yang bekerja di sebuah kilang bata berkata, masalah kewangan keluarganya menyebabkan mereka gagal untuk menemui doktor pakar. - Agensi


selengkapnya

Rabu, 12 Februari 2014

Mayat budak perempuan tidak reput



IMEJ menunjukkan mayat Rosalina tidak reput.



PALERMO - Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.
Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.
Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.
Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering. - Agensi
selengkapnya

Selasa, 11 Februari 2014

Proton P3 21A – Review Gambar dan Harga

Salam semua,



Proton P3-21A Review!! Ikuti review model terbaru proton iaitu P321A sekali dengan detail specs dan harga. Ianya ulasan ringkas dari kelebihan dan di sertakan gambar sekali bagi mengenalpasti reka bentuk-nya.
Bagi yang ingin melihat lebih lagi gambar Proton terbaru ini boleh ikuti review penuh dari forblogger dibawah.
Proton P3-21A
Baiklah tanpa membuang masa ikuti review ringkas dari sedikit detail spec atau ciri-ciri dan harga Proton P3-21A ini.

 Nama Proton P3-21A adalah Proton Tuah?

Apakah nama Proton P3-21A adalah proton Tuah bila di lancarkan nanti? Pihak kami tidak dapat membuat kenyataan dan masih juga tertanya apakah nama keramat bagi model proton terbaru P3-21A ini. Namun dekian mungkin juga nama keramat yang dinanti bagi model ini adalah Proton Tuah. Lihat gambar dibawah :-
Nama Proton P3-21A adalah Proton Tuah

Harga Proton P3-21A

Harga proton P3-21A ini adalah sesuatu yang penting dalam jualan dan sambutannya akan datang oleh rakyat Malaysia. Namun demikian memandagkan ianya masih belum di lancarakan kami pun tidak tahu. Jesteru itu kami mencari dan cari lalu terjumpa kenyataan ini di sebuah site :-
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti – via Enciknakal on Kereta Proton P3-21A Baru.

Review Proton P3-21A

Inilah model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi.
Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognya chedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.
Ciri-ciri Proton P3-21A
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module.
Keluasan P3-21A
  1. Panjang : 4.543m
  2. Lebar : 1.786m
  3. Berat : 1.524m
Size luar keseluruhan dan keluasan kereta proton P321A menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic.
Casis Proton P3-21A
  1. Boot Space : 508 liter (Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic)
  2. Turning Radius : 5.3 meter
  3. Full Tank Capasity : 50 littre
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin) : CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol :D
Spec Engine Proton P3-21A
  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat.
Jenis Model Proton P3-21A
  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT.
Jenis Warna Kereta Proton P3-21A
  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red
  5. Blue Lagoon

Kelebihan Proton P3-21A

  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16″ (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING.
Sekian review Proton P3-21A daripada saudara Nazz yang begitu lengkap dari jenis warna, kuasa engine, keluasan, kelajuan, kapasiti, cir-ciri, kelebihan dan banyak lagi begitu juga harga proton P3-21A yang di sertakan.[sumber]
selengkapnya

Senin, 10 Februari 2014

Meniup Lilin Hanya Dengan Mata

2012

 
Ling Chunjiang, lelaki berusia 35 tahun asal Kaifeng ini mampu menghembuskan udara dari matanya melalui sebuah selang yang disambungkan pada kacamata dan boleh meniup 12 batang lilin hingga mati hanya dalam waktu satu minit. 
 
Untuk melakukan aksi  tersebut,      Lin harus terlebih dulu memicit atau menjepit hidungnya sehingga udara boleh keluar dari matanya. Lin, yang sejak berusia 8 tahun sudah belajar kung fu dengan datuknya ternyata tak hanya mampu melakukan aksi meniup lilin dengan matanya. Lin memiliki kelebihan lain, yaitu mampu memecahkan bahagian dasar botol bir tanpa menghancurkan bahagian lainnya. ”Aku dulu punya restoran kecil. Di waktu senggang aku menghibur diri dengan mengisi botol-botol yang kosong dan memecahkan bahagian atasnya. Dulu aku pernah terkejut mengetahui kalau ternyata aku boleh memotong bahagian bawah botol tanpa merosak bahagian botol lainnya,” tutur Lin lewat ananova.com.

selengkapnya

Minggu, 09 Februari 2014

Yang Merasa Pemalu Ni cocok buat kamu

Seperti dilaporkan harian Telegraph, para ilmuwan di Seaver Autism Center for Research and Treatment dan Columbia University, menciptakan obat semprot hidung yang mengandung hormon oksitosin. Obat ini diklaim dapat membantu meningkatkan kemampuan seseorang dalam berinteraksi sosial.

Oksitosin sebelumnya dikenal sebagai "hormon cinta". Hormon alami ini dapat meningkatkan perasaan empati dan kedekatan (bonding)—khususnya di antara para orang dan anak-anaknya.

Riset terbaru menemukan bahwa hormon ini pun dapat memperbaiki kemampuan sosial kalangan kuper dan pemalu—walaupun efeknya tak terlalu besar pada mereka yang secara alami sudah "pede". Temuan ini diharapkan memberikan implikasi besar kepada mereka yang mengalami hambatan sosial, yang kerap muncul pada kondisi-kondisi seperti autisme.

Dalam risetnya, para ahli melakukan uji coba apakah hormon dalam bentuk nasal spray ini dapat meningkatkan rasa saling pengertian di antara individu. Sebanyak 27 pria sehat dilibatkan dalam riset dan mereka diberikan obat semprot hidung berisi hormon dan plasebo.

Mereka diminta melakukan tugas-tugas khusus untuk mengukur kemampuan membaca pikiran dan perasaan orang lain. Responden juga diminta menyaksikan rekannya berdiskusi tentang momen berharga mereka, kemudian melakukan penilaian tentang apa yang dirasakan.

Para peneliti, yang melaporkan risetnya dalam jurnal Psychological Science, juga mengukur kompetensi sosial para responden menggunakan sejenis tes yang disebut AQ, yang biasa diterapkan pada pasien autistik.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa hormon oksitosin bertinjauan memperbaiki kemampuan empati para responden—khususnya pada kelompok yang kurang pandai bersosialiasi.

Responden yang terbiasa bergaul melakukan tugasnya dengan mulus, baik saat diberi hormon oksitosin maupun plasebo. Namun, responden yang kurang pandai bergaul secara signifikan hanya terbantu dengan oksitosin, di mana kekuatan empatinya menjadi setara dengan responden yang mudah bersosialisasi.

source
selengkapnya